2011年10月9日星期日

BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007
Halaman Tiga
Bahasa penjana minda
BICARA KARYAWANAN
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Ini bererti bahawa bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini (seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia.
Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja tetapi lebih penting lagi, ia diberikan fungsi dan nilai baharu, iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan negara, merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain.
Ada orang beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara, tetapi hanya sebagai ‘lambang negara’ atau sebagai ‘alat perpaduan bangsa atau etnik’. Anggapan ini tidak benar, kerana bahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sesebuah negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh undang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu, nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai ‘bahasa simbolik’ tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara.
Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu, tetapi peranannya hanya sebagai lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan, yakni, bahasa ini tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu, misalnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Tetapi di Indonesia, bahasa Indonesia (bahasa Melayu) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Nilai atau fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional, atau sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan kerajaan (bahasa rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. Tetapi di Malaysia nampaknya, fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses pembangunan negara. Kegunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam bidang urusan rasmi kerajaan sahaja tetapi fungsi atau kegunaannya tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan dan teknologi negara, terutama yang dikuasai sektor swasta.
Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita?
Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas.
Sebagai contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu, pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau Tamil. Ini contoh (dan banyak contoh lain) yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas ini tidak ada pada bahasa-bahasa lain di Malaysia.
Kedua, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baru sekarang. Sebagaimana yang kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya) membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain di Malaysia atau di rantau ini.
Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsi bahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin lebih cekap berbahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu yang betul, daripada orang Melayu sendiri.
Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Strategi dan matlamat ini jauh lebih penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk ‘menyatupadukan’ penduduk pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu.
Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
N
ilai dan Potensi Bahasa Kebangsaan
TAHUKAH ANDA?
Pementasan teater merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memasyarakatkan sastera kebangsaan. Kumpulan Teater DBP yang dianggotai oleh kakitangan DBP diasaskan oleh Usman Awang dikenali dengan nama Keluarga Seni DBP dan Kelab Teater DBP pada awal tahun 60-an dan 70-an.
Pementasan teater DBP telah mencorakkan perkembangan sastera kebangsaan kerana teks yang dipentaskan adalah teks yang terpilih dan istimewa. Kumpulan teater DBP telah mementaskan 42 buah drama seperti Tamu di Bukit Kenny (1967) arahan Baha Zain; Jebat (1972) arahan Othman Haji Zainuddin; Bukan Bunuh Diri (1975) arahan Dinsman; Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1984/85) dan Salina (1986) arahan Johan Jaaffar; Tuk Selampit (1988), Raja Lawak (1992/93) dan Imam (1998/1999) karya Zakaria Ariffin serta Sungai Mengalir Lesu (1997) arahan A. Wahab Hamzah. Pada tahun 1986, nama Kumpulan Teater ini ditukarkan kepada Kumpulan Teater Badan Budaya DBP.
Kumpulan Teater Badan Budaya DBP ini bukan sahaja telah mementaskan drama di Kuala Lumpur dan di beberapa buah bandar di Semenanjung tetapi juga di Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Singapura, Manila dan London. Kumpulan Teater ini pernah dua kali mewakili Malaysia dalam Pesta Kesenian Kuala Lumpur pada tahun 1985 dan 1986, dan pernah mewakili Malaysia dalam Drama Festival di Singapura pada tahun 1986. Dua karya adaptasi yang dipersembahkan ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman dan Salina. Pada tahun 1988, Kumpulan Teater ini telah terpilih mewakili negara dalam First Asean Theatre Festival di Manila dan telah mempersembahkan drama Tuk Selampit karya Anuar Nor Arai yang diarahkan oleh Zakaria Ariffin. Kumpulan Teater DBP turut mengadakan persembahan dalam Malaysia Fest 1988 dan 1989. Pada September 1992, Kumpulan Teater Badan Budaya DBP berpeluang mementaskan Matinya Seorang Pahlawan di SOAS, University London, sempena Minggu Sastera Malaysia di London.
Teater DBP bergerak atas usaha aktivis teater seperti Usman Awang, Baha Zain, Ismail Dahaman, Dinsman, Mishar, Othman Haji Zainuddin, Zakaria Ariffin, Johan Jaafar, Anwar Ridhwan, Salmiah Ismail dan A. Wahab Hamzah. Badan Budaya DBP bukan sahaja dapat mencungkil bakat dalam kalangan kakitangan DBP dalam pementasan teater tetapi juga lakon layar dan drama televisyen, seperti Sabri Yunus, Imuda dan Shahrizan Ahmad (Abon).
Mulai tahun 2003 Teater Perdana DBP dipentaskan dengan pendekatan baharu, iaitu mengadakan kerjasama dengan kumpulan teater yang aktif di negara ini seperti Sanggar Teater Fauziah Nawi, Pak Ngah Production, Magical Theatre (M) Sdn. Bhd. dan lain-lain. Antara drama yang telah dipentaskan ialah Orang Kota Bharu (2003), Demi Zaitun (2004), Patah Sayap Terbang Jua (2005) dan Wangi Jadi Saksi (2006).
Kejayaan pembinaan Auditorium DBP yang diiktiraf sebagai antara auditorium yang dilengkapi sistem bunyi sekeliling dan satelit terbaik di Asia diharap dapat mengembalikan semula kegemilangan Kumpulan Teater Badan Budaya DBP seperti suatu ketika dahulu.
Kumpulan Teater Badan Budaya DBP
PERIBAHASA
Sesat di Hujung Jalan Balik ke Pangkal Jalan
Peribahasa ini bermaksud membaiki kesalahan yang telah dilakukan. Peribahasa ini mengajak kita supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan atau tindakan kerana dikhuatiri salah dan memberi kesan yang buruk. Setelah menyedari kesalahan yang buruk dilakukan, kita seharusnya kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki kesalahan itu. Peribahasa lain yang mempunyai maksud sama ialah “Sesat surut, terlangkah kembali”.
Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin
KATA DIALEK
DBP SETENGAH ABAD
BH PILIH L3 21 (emel)
Setiap bahasa mempunyai keunikan tersendiri dalam pengungkapan sesuatu idea atau mesej. Terjemahan bagi ungkapan umum atau frasa idiomatik dalam bahasa sumber, lazimnya bergantung pada kaedah mengungkapkannya dalam bahasa sasaran, unsur budaya atau makna yang berbeza . Contohnya, padanan frasa bahasa Inggeris “by no means” boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “sama sekali tidak” atau “tidak sekali-kali”.
Setiap bahasa juga mempunyai fokus yang berbeza terhadap sesuatu kata atau frasa disebabkan oleh latar budaya yang berbeza. Jadi, “apple of one’s eye” sudah memadai diterjemahkan sebagai “buah hati” (se-seorang), manakala padanan “creamy yellow” ialah “kuning langsat”.
Pada kali ini senarai frasa yang dipilih mengandungi kata “day”:
PEDPEDPED
OMANMANMAN PENPENPENTERJEMAHANJEMAHANJEMAHANJEMAHANJEMAHANJEMAHANJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah
Anak Lutot
Dalam dialek Perak, anak lutot bermaksud “padi ceding" atau padi yang ditinggalkan, dan tidak dituai kerana tidak masak serentak dengan yang lain. Contoh penggunaan: “Menue anak lutot selalunye idakle dapat banyak” (menuai padi ceding selalunya tidaklah dapat banyak).
Oleh Shariffulizan Malek
Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad
(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)
B
ahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh PenggunaannyaBahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannyaday after day/ hari demi hari, BI: Day after day she waited for his sonday by day hari berganti hari who did not return. BM: Hari demi hari dia menunggu kepulangan anaknya yang tidak kunjung kembali. day and night/ siang malam BI: The nurse was by his side day and night.night and day BM: Jururawat itu menjaganya siang malam. day in, day out setiap hari, tiap-tiap hari; BI: I’m tired of driving to work day in day out. BM: Saya naik bosan memandu ke pejabat setiap hari.day off (hari) cuti BI: They were given a day off. BM: Mereka diberi cuti sehari. BI: Thursday is his day off. BM: Khamis ialah hari cutinya.day- to- day harian, setiap hari BI: The day-to-day business of earning a living. hari ke hari BM: Tugas harian untuk mencari nafkah. BI: We do everything on a day-to-day basis - we can never plan ahead. BM: Kami melakukannya dari hari ke hari - sukar untuk merancangnya terlebih dahulu.at break of day (pada waktu) fajar BI: The sun rises at break of day. menyinsing BM: Matahari pun terbit apabila fajar menyinsing.all day long sepanjang hari, sehari BI: I could sit and watch the sea all day long. suntuk, sehari-harian; BM: Saya tidak jemu merenung ke laut sepanjang hari.all in a day’s work tugas (harian) BI: She never complained as whatever she had to do are all in a day’s work. BM: Dia tidak pernah merungut kerana semuanya itu adalah tugas hariannya. from day one sejak dari mula lagi BI: This arrangement has never worked from day one. BM: Sejak dari mula lagi rancangan ini tidak pernah terlaksana. from day to day kais pagi makan pagi, BI: He lives from day to day, planning nothing kais petang makan in advance. petang BM: Dia hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tanpa merancang masa depan.carry/win the day (tetap) menang BI: Despite strong opposition, the ruling party carried the day. BM: Walaupun mendapat tentangan hebat, parti pemerintah tetap menang.in a day or so dalam sehari dua BI: The doctor assured us that our child will be well in a day or two. BM: Doktor itu yakin bahawa anak kami akan sembuh dalam sehari dua. have had/ it’s not zaman kegemilangan BI: He was at one time a popular singer, but he (somebody’s) day (seseorang) sudah berlalu has had his day. BM: Pada suatu masa dahulu dia penyanyi yang popular, tetapi zaman kegemilangannya sudah berlalu.call to order dengan lebih teratur BI: The chairman order BM: Pengerusi mesyuarat berjalan call it a day berhenti (melakukan BI: It’s almost sesuatu) BM: Sudah berhenti!
Oleh Fatimah Zahrin Mohd. Taib

没有评论:

发表评论