2011年12月14日星期三

Latihan ( unit 4)

Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi

pohon rintangan sasaran ulang kaji usaha

liburan malas hasrat demonstrasi terkenal


1. Sifat ______________ merupakan musuh utama setiap murid.

2. ______________ yang berterusan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

3. Setiap hujung minggu , saya melakukan _______________ bersama rakan-rakan.

4. Banyak _____________ yang perlu dilalui untuk menjadi pelajar cemerlang.

5. Pada waktu __________________, saya bersiar-siar bersama keluarga di taman rekreasi.

6. Penulis itu semakin __________________ apabila dianugerahkan pingat.

7. Saya membatalkan _________________ untuk ke rumah Sharon.

8. Saya makan tengah hari bersama rakan-rakan di bawah ________________ rendang di tepi padang.

9. Pemanah itu memanah tepat pada __________________.

10. ______________ silat itu diadakan untuk mendapatkan ahli baru.

2011年12月13日星期二

unit 4 Menuju ke puncak jaya

Sinonim

1. segan = malas

2. halangan = rintangan

3. tersohor = terkenal

4. dijemput = diundang



Antonim

1. malas X rajin

2. rintangan X laluan

3. diundang X di halau

2011年12月12日星期一

unit 4 Menuju ke puncak jaya

Perbendaharaan Kata

1. gamal= 海参

2. Helang = 鹰

3. liburan = 假期

4. sasaran = 目标

5. tujuan = 原因

6. usaha = 努力

7. cekal = 立志

8. kelinci = 兔子

9. permata = 宝石

10. ijazah = 学士

11. rintangan = 障碍

12. ramuan = 材料

13. demonstrasi = 示范

14. terkenal = 闻名的

15. diundang = 被邀请

16. mempromasikan = 宣传

17. arkitek = 绘测师

18. korporat = 企业家

19. unik = 独特

20. hasrat = 渴望

2011年12月6日星期二

Latihan Kata Bantu

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang betul.

1. Jasa peneroka FELDA selama ini ________________ tetap dikenang. ( akan ,  boleh)

2. Kita ______________________ menjaga kebersihan kampung kita. (  sudah , mesti)

3. Dia ______________________ lama mengusahakan tanah terbiar itu. ( telah, masih)

4. Ayah ____________________ memetik buah nanas di kebunnya. ( dapat , sedang )

5. Kami ___________________ pergi melawat dusun buah-buahan itu. ( hendak, harap)

unit 3 Bumi Bertuah ( kata bantu)

Nota ( kata bantu)

Kata bantu digunakan untuk memberi makna tambahan kepada kata kerja,kata adjektif dan kata sendi nama.
~ kata bantu aspek memberikan makna tambahan kepada aspek masa seperti belum, sudah, telah, masih, akan dan sedang.
~ Kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan seperti hendak, mahu, mesti, harus, dapat dan boleh.

2011年12月5日星期一

unit 3 Bumi Bertuah

1. bertuah = 幸运
2. bumi = 地球
3. koleksi = 搜集品
4. ladang = 耕地
5. dingin = 寒冷
6. petani = 农夫
7. kancil = 小鹿
8. spesies = 种类
9. ekonomi = 经济
10. botani = 植物学
11. mengurus = 处理/管理
12. bebiri = 绵羊
13. lara = 悲伤
14. sempurna = 完美
15. palma = 棕榈树
16. dihormati = 被受尊敬的
17. faedah = 用处/好处
18. merancang = 策划/拟定
19. menara = 塔
20. traktor = 拖拉机
21. khasiat = 有益
22. melancong = 旅游/旅行
23. mencadangkan = 建议/提议
24. diceburi = 参与
25. kayu balak = 原木
26. mewah = 豪华的
27. dikitar semula = 再循环
28. menyumbang = 贡献
29. anugerah = 赐物
30. mesyuarat = 开会/会议
31. tugas = 任务

2011年12月2日星期五

Latihan (unit 2 )

Berikan makna bagi perkataan di bawah.

merapatkan        mengirim     menganjurkan    juara 

memaklumkan    dilakukan     mengharung       tingkah laku


1. memberitahu=

2. mengadakan=

3. menghantar=

4. mendekatkan=

5. ragam=

6. meredah=

7. disempurnakan=

8. johan=

2011年12月1日星期四

unit 2 Sekolah Gemilang

1. Pengakap 童子军
2. Pasukan 队伍
3. Kayu api 木材
4. Kudrat 力量
5. Minda 思路
6. Ilmu 知识
7. Kawat 操练
8. Halia
9. Lena 熟睡的
10. Usaha 努力
11. Seronok 愉快
12. Laporan 报告书
13. Kaktus 仙人掌
14. Keindahan 美观
15. Lawatan 参观
16. Lebat 繁茂的
17. Herba 草药
18. Manfaat 益处
19. Limau kasturi 橘子
20. Fakta 论据
21. Pengarang 作者
22. Menemu ramah 访问
23. Taniah 恭喜
24. Troli 手推车
25. Prestasi 表现,成就
26. Tepat 正确,精确

2011年11月26日星期六

latihan (unit 1 Sahabat Akrab)

Isi tempat kosong dengan perkataan-perkataan di bawah 
 
sahabat             riuh-rendah             kesilapan             johan

       pemandangan                susah                      yakin

situasi                   melalak                peraturan


1. Saya  (                           ) bahawa saya mampu memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR nanti.
2. (                              ) suara tetamu itu membuatkan Zul tidak dapat melelapkan mata.
3. Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam (                            ) berbahaya.
4. Sukar untuk mendapat (                               ) yang betul-betul memahami perasaan kita.
5. Setiap (                                 ) yang dilakukan hendaklah dijadikan pengajaran.
6. (                            ) pertandingan cerita pada kali ini disandang oleh murid perempuan.
7. (                            ) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah demi kepentingan bersama.
8. Adik sering (                              ) pada waktu malam.
9. (                         ) yang cantik boleh melapangkan fikiran kita.
10. Dia merupakan murid daripada keluarga yang (                                  ). Pihak sekolah memberi bantuan kepadanya. 

2011年11月25日星期五

unit 1 Sahabat Akrab

Perbendaharaan Kata
1. Sahabat 朋友
2. Akrab 亲密
3.Pandangan 意见
4. Baharu 新颖
5. Riuh-rendah 吵闹
6. Pembayang 预兆
7. Meneliti 细心
8. Mengundang 邀请
9. Susah 困难
10. Situasi 状况
11. Melalak 嘶喊
12. Tersembunyi 隐藏
13. Penyaman udara 冷气空调系统

2011年10月12日星期三

kata kerja

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )

B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )


A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.

        mendengar ialah kata kerja

          transitif

        radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.

2. perempuan itu menjual sayur.

3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat

atau penyambut.

(a)      Pak Abu menjala ikan.

(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.

(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.

(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.

(e)      Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.

(f)      Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya ::

1. Mereka berjalan pada hari cuti.

2. Anjing itu sedang tidur.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )Kata kerja tak Transitifketerangan
Kamimandidi tasek itu.
Diasenyumsemasa berjalan
Sayamenyanyidengan kuat
Hassanberjalanke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif

1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,

dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’

di hujungnya.

Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.

2. Emak sedang menidurkan adik.

3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.

4. Halim mengikuti perbualan mereka.

5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif

1.       Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.

Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2.       Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga

3.       Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.

Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.       Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.

Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5        Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

2011年10月11日星期二

kata ganti nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan

Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka

Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian

contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh

apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.

Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu